BANGKOK: Bekas perdana menteri Thailand yang dipenjarakan Thaksin Shinawatra mengalami keletihan dan tekanan sejak minggu lepas, kata anak perempuannya Paetongtarn Shinawatra.
Ketika kritikan meningkat bahawa Thaksin diberi layanan istimewa selepas dipindahkan ke hospital beberapa jam pada malam pertamanya di penjara, Paetongtarn memberitahu media bahawa keadaan Thaksin adalah akibat jangkitan COVID-19 pada 2020.
Tambahnya, Thaksin dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) selama sembilan hari dan dimasukkan ke hospital selama sebulan pada 2020.
"Saya lebih mengambil berat tentang jantungnya... Doktor memantau segala-galanya, daripada sejarah perubatannya hinggalah kepada rawatan dan pembedahannya.
"Beliau (Thaksin) akan kekal di Hospital Besar Polis buat masa ini. Tiada rancangan untuk memindahkannya ke hospital swasta kerana pasukan perubatan di Hospital Besar Polis adalah bagus," katanya kepada pemberita di ibu pejabat parti Pheu Thai pada Selasa, sehari selepas melawat bapanya di hospital.
Paetongtarn menambah apabila beliau bertemu dengan bapanya pada Isnin, semangat Thaksin kekal kuat dan gembira dapat bertemu dengannya.
Thaksin yang berusia 74 tahun kembali ke Thailand pada Selasa lepas selepas 15 tahun hidup dalam buangan. Pada hari yang sama Mahkamah Agung menjatuhkan hukuman penjara lapan tahun kepada bekas perdana menteri itu.
Beliau dimasukkan ke hospital di Hospital Besar Polis kerana masalah kesihatan beberapa jam selepas malam pertamanya di Penjara Reman Bangkok. Thaksin mengadu sakit dada, darah tinggi, paras oksigen darah rendah dan insomnia ketika ditahan di wad perubatan penjara.
Ketika ditanya berapa lama Thaksin akan berada di Hospital Besar Polis, Paetongtarn berkata beliau ada bertanyakan kepada doktor pada Selasa tetapi tidak mendapat jawapan.
"Terdapat banyak faktor. Sekiranya berlaku kecemasan, ia perlu kerana bapa seorang warga emas," katanya.
Sementara itu, Paetongarn berkata Thaksin akan memutuskan sama ada untuk mendapatkan pengampunan diraja.
"Terpulang kepada beliau untuk memutuskan bila dan bagaimana untuk meneruskan... Proses (menyediakan permohonan pengampunan) akan mengambil masa," katanya.
Media tempatan melaporkan bahawa kumpulan anti-Thaksin telah membuat aduan kepada Jabatan Pembetulan yang menentang percubaan Thaksin untuk mendapatkan pengampunan diraja, dengan alasan bahawa kes rasuah tidak sepatutnya mendapat pengampunan kerana ia telah merosakkan tadbir urus dan reputasi negara.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Aug 29 2023
Thaksin dimasukkan ke ICU selama sembilan hari dan dimasukkan ke hospital selama sebulan pada 2020. - Gambar fail/Reuters/Athit Perawongmetha
Hipertiroidisme penyakit endokrin kedua sering didiagnosis selepas diabetes di Malaysia
Masalah itu boleh dikenal pasti menerusi gejala seperti kegelisahan, penurunan berat badan, tidak tahan panas dan berpeluh secara berlebihan.
Kerajaan serius gubal Dasar Gaji Progresif sektor swasta - PM Anwar
Kerajaan serius gubal Dasar Gaji Progresif melibatkan sektor swasta, selaras dengan penambahbaikan gaji dan elaun penjawat awam, kata PM.
MB Inc Perak rangkul Pemegang Lesen Terbaik Bahan Radioaktif
Perbadanan Menteri Besar Perak (MB Inc) menerusi anak syarikatnya, Amanjaya Global Sdn Bhd, diiktiraf sebagai Pemegang Lesen Terbaik untuk Kategori Bahan Radioaktif(Kawalan VI) bagi tahun 2021-2023.
Forum Air Dunia ke-10: Badan PBB gariskan dua acara untuk elak krisis air
ESCAP telah menekankan dua langkah yang boleh membantu memastikan kekurangan air bermusim, kemarau dan bencana berkaitan air tidak bertukar menjadi krisis yang berlarutan.
Kedutaan China lancar lagu khas sempena sambutan jubli emas Malaysia-China
Lagu berdurasi empat minit dan 19 saat itu telah dimuat naik di laman sosial Facebook rasmi kedutaan pada Selasa.
Nurul Izzah mahu 'berguru' dengan Mohd Azizulhasni, Muhammad Shah Firdaus
The Pocket Rocket Women mahu menimba ilmu dengan Azizulhasni Awang serta Muhammad Shah Firdaus Sahrom yang berpengalaman.
Kelantan cadang adakan pakej umrah menerusi penerbangan terus dari LTSIP
Cadangan itu bukan sahaja memberi kemudahan kepada rakyat Kelantan, malah penduduk Terengganu dan empat wilayah di Selatan Thailand.
Rapid Bus, Volvo meterai MoU operasi percubaan bas elektrik
Rapid Bus Sdn Bhd dan Volvo Buses Malaysia menandatangani MoU pelaksanaan operasi percubaan bas elektrik baharu Volvo BZL-GML Eco Range.
Kerajaan mulakan usaha penggubalan Akta Keupayaan Mental
Kerajaan menerusi Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang Jabatan Perdana Menteri (JPM) telah memulakan langkah ke arah penggubalan Akta Keupayaan Mental.
Warga Australia dipindahkan, lega pulang ke tanah air
Warga Australia yang dipindahkan dari New Caledonia yang mengalami rusuhan maut selama seminggu. memberitahu media tempatan mereka lega sebaik sahaja kembali ke tanah air pada Selasa.
Dua petisyen pengampunan Najib dilancar, 135,000 bantah, 7,000 sokong
"Petisyen kepada KDYMM Yang di-Pertuan Agong: Najib Tidak Wajar Diampunkan" dan "Bebaskan Najib Razak Melalui Pengampunan Diraja" dilancarkan pada Jumaat
Petisyen pengampunan Najib: Mujahid mungkin salah tafsir - Saarani
Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, ada berbagai-bagai tafsiran boleh dibuat mengenai isu ini.
Petisyen: Lebih 87,000 tandatangan Najib tidak wajar diampun, 1,167 pula mohon beliau diberi pengampunan
Angka itu dilihat meningkat setiap minit, sejak petisyen yang disiarkan di Change.org sejak Rabu.
NGO mohon Pengampunan Diraja, mahu Najib Razak jadi PM Interim
Pertubuhan Sahabat Ulul Amri Malaysia menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong memohon Pengampunan Diraja diberikan kepada Datuk Seri Najib Razak sekali gus melantiknya sebagai PM Interim.
13 banduan penjara seumur hidup dikurnia pengampunan Yang di-Pertuan Agong
Hari Kemerdekaan ke-63 amat bermakna buat 13 banduan yang dipenjarakan seumur hidup pada 2001 oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur apabila dibebaskan atas pengampunan Yang Di-pertuan Agong
Nafi permintaan Justo untuk berpindah selaras dengan undang-undang Thai - Menteri Kehakiman
Di bawah undang-undang negara itu, seseorang yang memohon dipindahkan bagi menjalani baki tempoh hukuman penjaranya, mestilah mempunyai "tidak kurang dari setahun baki" tempoh hukumannya.
Justo diberikan pengampunan oleh Raja Bhumibol
Warga Switzerland Andre Xavier Justo, yang dijatuhi hukuman penjara tiga tahun kerana cuba memeras ugut bekas majikannya, PetroSaudi International, telah mendapat pengampunan diraja.